Nadita Food Catering adalah sebuah syarikat makanan yang ditubuhkan pada tahun 2004. Nama Nadita tercipta kerana gabungan nama En.Karnadi(Pengurus Besar) dan juga Pn.Sanita(Pengarah) syarikat ini. Makanan kegemaran yang diminati diantara pelanggan adalah Nasi Lemak, Laksa, Mee Kari, Bihun sup utara, Soto, Nasi beraneka lauk kampung, seperti ikan masin masak lemak cili api, pajeri nenas, asam tumis, ikan keli berlada, daging rendang, ayam berempah dan lain-lain lagi. Nasi berperisa seperti nasi minyak, nasi hujan panas, nasi tomato, nasi jagung, nasi ayam, dan juga nasi beriani.